Dashboard | +Follow
Shut Up Then Smile
5 Perkara Yang Perlu Anda Lakukan Apabila Putus Cinta!
17 December 2012 • 5:55 PM • 2 comments

Assalamualaikum peeps in the earth ..

Entry di taip pada pukul 5.50 pm . . 17 disember 2012
Putus Cinta??

5 Pekara yang Perlu Anda Lakukan Apabila Putus Cinta”. 

1.Jangan Hubungi Pasangan Anda!
Jangan call, sms, e-mail atau apa- apa cara sekali pun yang berkaitan dengan menghubungi. Jangan lakukan sebarang komunikasi kepada pasangan 
anda. Biarkan keadaan ini berlalu selama yang mungkin.


2.Jangan Hubungi atau Meluah Masalah Kepada Rakan Pasangan Anda.
Disebabkan tidak dapat menghampiri pasangan anda, akhirnya anda memilih untuk menghubungi rakan pasangan anda dan meluah masalah anda dan pasangan anda. Keadaan ini akan memburukkan keadaan dan bukannya memperbaiki keadaan.

3.Luahkan Masalah Anda Hanya kepada Teman Rapat Anda Sahaja!
Masalah cinta seperti ini anda perlukan seseorang yang betul- betul rapat dan memahami anda. Seseorang yang betul- betul boleh mendengar dan menjiwai masalah anda. Cari mereka dan luahkan segala masalah perhubungan cinta anda. Ahli keluarga juga mungkin menjadi pilihan anda untuk meluah.

4.Jangan Biarkan Diri Anda Keseorangan
Amaran! Jangan sesekali letakkan diri anda berseorangan. Mungkin anda perluankan masa untuk bersendirian tetapi hakikatnya anda sebenarnya perlukan teman. Dengan erti kata lain, anda perlukan pasangan anda. Apabila anda letakkan diri anda keseorangan anda akan cenderung untuk menghadapi masalah kemurungan “stress”.

5.Hadiahkan Diri Anda Dengan Sesuatu yang Menyeronokkan
Anda perlu sedar bahawa anda sedang bersedih. Jika anda terus bersedih maka, tiada penyelesaian dapat anda lakukan. Oleh itu, anda perlu hadiahkan diri anda sendiri dengan sesuatu yang ceria dan menyeronokkan. Pergi bercuti ke tempat yang asing daripada tempat anda mungkin boleh membantu anda meredakan kesedihan. Belikan sesuatu yang berharga kepada diri anda sebagai hadiah kerana anda mampu mengharungi perpisahan ini.

Thanks to Allah

X0X0,Anna_Ilyana



De' Owner♥

Hello,you've stepped onto my blog..Anna is the name.♥ I've born on 2 december 1992 at butterworth,penang.I love my family, my love,and also my friend. Student at Allianze University College of Medical Sciences (Penang).
::This is my site so please respect me::


Daisypath Happy Birthday tickers



ChitChat♥

Jum Ber'BURUNG' biru♥


Tabung Mintak sumbangan♥

-----------------------------------------
Copyright© by Anna Lee 2012
-----------------------------------------