Dashboard | +Follow
Shut Up Then Smile
Landasan Cinta sweet :)
16 April 2012 • 1:02 PM • 0 comments


 Assalamualaikum peeps !

hye readers , sorry lama x update blog ney..nak cakap busy x ada la sangat tapi x tahu la. Hari ni isi blog ni pasal drama LANDASAN CINTA :) ..drama yang telah di tayangkan pada 14 april pukul 10 malam di TV3..Drama ney memang best la..baru jumpa beberapa hari dah boleh jatuh cinta..Kata orang tua-tua "Kalau dah jodoh,x kemana"..


Sinopsis Landasan Cinta:
Sinopsis: Umar yang sudah menjangkau usia 28 tahun merupakan seorang juruterbang yang tampan dan masih bujang. Sikapnya yang serius dan jarang melemparkan senyuman mengakibatkan dirinya dilabel sebagai seorang yang sombong. Lain pula kisahnya mengenai Nisha yang merupakan seorang gadis yang riang namun seringkali gagal dalam percintaan.

Suatu hari Nisha telah memenangi tiket penerbangan ke Perth. Semasa perjalanannya ke sana, Nisha telah duduk di sebelah pasangan pengantin baru iaitu Shiela dan Hisham. Shiela merupakan seorang yang suka bercakap besar dan lagaknya membuatkan Nisha berasa rimas. Apabila Nisha disoal mengenai statusnya samada sudah berkahwin atau tidak, lantas Nisha memberi alasan bahawa dia adalah kekasih kepada seorang juruterbang. Setelah selamat sampai di Perth, Nisha berasa lega kerana tidak perlu bertemu Shiela lagi. Akan tetapi Nisha tidak bernasib baik apabila Shiela juga menetap di hotel yang sama maka mereka sering bertembung.(Menyibuk betul kak Sheila nie)

Semasa Umar ingin menuju ke hotel satu insiden kecil telah berlaku di mana pintu yang dibuka oleh Umar telah terlanggar Nisha. Kemudian berlaku pertengkaran kecil di antara mereka dan tanpa disedari Shiela telah menuju ke arah mereka berdua. Nisha berasa panik dan terus mengakui bahawa Umar ialah bakal suaminya. Tanpa disedari,kedua-dua mula jatuh cinta..Namun Nisha tidak mahu mengakuinya,
Pulang ke Malaysia, Umar akan dijodohkan dengan gadis pilihan emaknya Shima,manakala Nisha bertukar ciri jejaka impiannya dari pilot kepada doktor.
Namun,kalau dah jodoh tak ke mana kan...Nisha akhirnya bersama Umar...

Pelakon: Shahrizal Jaszle, Tasha Shila, Shah Iskandar, Fiza Elite, Lydiawati, Kismah Johar, Fendi Seman, Farid Najib, Wan Shades, Liea Banks, Sharifah Sakinah, Balkisyh Semundur Khan



Sweet kan..


Link Download citer ney .Landasan Cinta Part 1 / Landasan Cinta Part 2


X0X0,Anna_Ilyana



De' Owner♥

Hello,you've stepped onto my blog..Anna is the name.♥ I've born on 2 december 1992 at butterworth,penang.I love my family, my love,and also my friend. Student at Allianze University College of Medical Sciences (Penang).
::This is my site so please respect me::


Daisypath Happy Birthday tickers



ChitChat♥

Jum Ber'BURUNG' biru♥


Tabung Mintak sumbangan♥

-----------------------------------------
Copyright© by Anna Lee 2012
-----------------------------------------